14 Oktober 2025

Bentuk Kata - Kata Terbitan

MORFOLOGI:
  1. Bentuk Kata
    • Kata Tunggal
    • Kata Terbitan
    • Kata Majmuk
    • Kata Ganda
  2. Golongan Kata

Kata Terbitan

    1. Kata Terbitan terbentuk apabila mana-mana kata dasar (kata tunggal) menerima imbuhan.
    2. Kata dasar +imbuhanmenjadiKata Terbitan

      Contoh:

      1cucukkata dasartiada imbuhan
      2cucukankata terbitanada imbuhan akhiran -an
      3dicucukkata terbitanada imbuhan awalan -di
      4mencucukikata terbitanada imbuhan apitan men-...-i
      5cerucukkata terbitanada imbuhan sisipan -er-

      Contoh lain:

      Sayamakan
      (kata dasar)
      nasi kerabu
      Nasi kerabudimakan
      (kata terbitan)
      oleh Kak Limah
      Nasi adalahmakanan
      (kata terbitan)
      kita semua
      Sila jagapemakanan
      (kata terbitan)
      supaya kita sentiasa sihat

    3. Semua jenis imbuhan dieja rapat dengan kata dasarnya.
    4. Ada empat jenis imbuhan iaitu:
      • Imbuhan awalan (imbuhan dipangkal kata dasar)
      • Imbuhan akhiran (imbuhan di hujung kata dasar)
      • Imbuhan sisipan (imbuhan di celah-celah kata dasar)
      • Imbuhan apitan (imbuhan di kiri dan kanan kata dasar)


    Kata Tunggal (kata dasar) + imbuhan awalan

    Kata dasarImbuhan AwalanKata terbitan
    rajabe-beraja
    takhtaber-bertakhta
    lawatme-melawat
    cacimen-mencaci
    berimem-memberi
    hantarmeng-menghantar
    tinmenge-mengetin
    tawandi-ditawan
    rakamte-terakam
    tiputer-Tipah tertipu
    nyanyipe-penyanyi
    cintapen-pencinta
    bohongpem-pembohong
    hiburpeng-penghibur
    catpenge-pengecat

    Nota:

    • Imbuhan be- digunakan untuk kata dasar yang bermula dengan huruf r sahaja.
      Contoh:
      • be- + raja menjadi beraja
      • be- + rasa menjadi berasa.
    • Imbuhan ber- pula digunakan untuk kata semua kata dasar yang tidak bermula dengan huruf r.
      Contoh:
      • ber- + tani menjadi bertani
      • ber- + irama menjadi berirama
      • ber- + mesra menjadi bermesra.
    • Imbuhan mem- adalah untuk kata dasar yang bermula dengan huruf b sahaja.
      Contoh:
      • mem- + bisu menjadi membisu
      • mem- + bodek menjadi membodek
    • Imbuhan menge- adalah untuk kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja.
      Contoh:
      • menge- + cat (satu suku kata) menjadi mengecat
      • menge- + tin (satu suku kata) menjadi mengetin
      • menge- + bom (satu suku kata) menjadi mengebom
    • Imbuhan te- adalah untuk kata dasar yang bermula dengan huruf r sahaja.
      Contoh:
      • te- + rasa menjadi terasa
      • te- + rakam menjadi terakam
    • Imbuhan penge- adalah untuk kata dasar satu suku kata sahaja.
      Contoh:
      • penge- + bom (satu suku kata) menjadi pengebom.
      • penge- + cat (satu suku kata) menjadi pengecat.
      • penge- + tin (satu suku kata) menjadi pengetin.
    • Apabila imbuhan pem- bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, huruf p tersebut akan 'digugurkan'.
      Contoh:
      • pem- + paksa menjadi pemaksa dan bukan pempaksa.
      • pem- + putar menjadi pemutar dan bukan pemputar.
      • pem- + pukul menjadi pemukul dan bukan pempukul.

    Kata Tunggal (kata dasar) + imbuhan akhiran

    Kata dasarImbuhan akhiranKata terbitan
    makan-anmakanan
    ikut-iikuti
    beri-kanberikan
    seni-manseniman

    Kata Tunggal (kata dasar) + imbuhan apitan

    Kata dasarImbuhan apitanKata terbitan
    pandangber-...-anberpandangan
    bekalber-...-kanberbekalkan
    hebohdi-...-kandihebohkan
    kasardi-...-idikasari
    berimem-...-kanmemberikan

    Kata Tunggal (kata dasar) + imbuhan sisipan

    Kata dasarImbuhan sisipanKata terbitan
    tunjuk-el-telunjuk
    kopak-el-kelopak
    jajah-el-jelajah
    kuning-em-kemuning
    ketot-em-kemetot
    gentar-em-gementar
    gigi-er-gerigi
    sabut-er-serabut
    cucuk-er-cerucuk
    sambung-in-sinambung


    Tambahan

    Contoh lain imbuhan awalan:

    ImbuhanKata TerbitanCatatan
    anti-antikerajaananti = tidak suka
    auto-autobiografiauto = terhasil sendiri
    eka-ekamatraeka = satu
    juru-juruterbangjuru = pakar
    dwi-dwiminggudwi = dua
    maha-maharajamaha = sangat besar
    panca-pancainderapanca = lima
    poli-poligamipoli = banyak
    pra-prauniversitipra = sebelum
    pasca-pascasiswazahpasca = selepas
    pro-propembangkangpro = menyokong
    se-sesaatse = satu
    sub-subtopiksub = di bawah
    swa-swafotoswa = sendiri
    tuna-tunasusilatuna = tiada
    tata-tatacaratata = peraturan
    supra-supragolongansupra = melampau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan