14 Oktober 2025

Golongan Kata - Kata Adjektif

MORFOLOGI
  • Bentuk Kata
  • Golongan Kata
    1. Kata Nama
    2. Kata Kerja
    3. Kata Adjektif
    4. Kata Tugas
  1. Manusia terlalu selalu menggunakan istilah atau kata tertentu untuk memberi gambaran tentang sifat atau keadaan sesuatu benda atau perkara.
  2. Istilah atau kata tertentu yang dapat memberi gambaran tentang sifat sesuatu itu dinamakan kata adjektif (dahulu disebut sebagai kata sifat).
  3. Ahli bahasa telah membahagikan kata adjektif ini kepada sembilan kategori atau kelompok atau kumpulan, iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan, dan pancaindera
  4. KategoriContoh kata adjektif
    1Sifatbaru, baik, berani, lemah, kukuh, kemas, cantik, kuat, bijak
    2Warnasemua warna
    3Ukuranpendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, kecil, lebar, ramai, cetek
    4Bentukbujur, lurus, lonjong, petak, segitiga, segiempat, bengkok, bulat
    5Waktupagi, petang, siang, malam, senja, dinihari
    6Jarakdekat, jauh, hampir
    7Carateliti, cermat, pantas, perlahan, gelojoh, rakus
    8Perasaanbenci, cinta, meluat, takut, gairah
    9Pancaindera
    • pandangan - kelam, samar-samar, jelas, tajam
    • pendengaran - bising, senyap, sunyi, hiruk-pikuk, riuh
    • bau - wangi, busuk, hanyir, harum
    • rasa (lidah) - masin, tawar, payau, pedas, kelat
    • sentuhan - kasar, lembut, licin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan