15 Oktober 2025

Ejaan Sendi Nama di dan ke

Sendi Nama 'di' dan 'ke'

  1. Bagaimanakah cara mengeja kata sendi nama 'di' dan 'ke'?

  2. Kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ ditulis rapat atau jarak bergantung kepada fungsi kata.

  3. Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, ‘di’ dan ‘ke’ mempunyai dua fungsi iaitu sama ada sebagai kata sendi atau sebagai imbuhan.

  4. Ejaan 'di' dan 'ke' dijarakkan

  5. Sekiranya 'di' dan 'ke' berfungsi sebagai kata sendi maka ejaannya dijarakkan dengan kata yang mengiringinya.

    Contoh: di sana
    di situ
    di bawah
    ke sana
    ke situ
    ke sini

    Ejaan 'di' dan 'ke' dirapatkan

  6. Sekiranya 'di' dan 'ke' berfungsi sebagai imbuhan maka ejaannya dirapatkan dengan kata yang mengiringinya.

  7. Contoh: disimpan
    diawasi
    dibelasah
    kesudahan
    kekehendak
    kekematian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan