Peribahasa
|
Bidalan adalah salah satu dari bahagian peribahasa (menurut Kamus Sastera Melayu terkini 2000: 69) selain dari perumpamaan, simpulan bahasa dan pepatah.
- susunan kata yang menarik dan melekat di mulut orang ramai
- mempunyai erti selapis
- menggambarkan kehidupan, pengajaran, pendidikan dan anutan orang Melayu
- terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran
| Contoh Bidalan | Maksud |
| Biar lambat, asalkan selamat | Jika melakukan sesuatu tidak perlu tergesa-gesa asalkan mendapat hasil yang baik |
| Biar titik, jangan tumpah | Lebih baik rosak sedikit daripada rosak semuanya |
| Biar putih tulang, jangan putih mata | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana kekalahan |
| Berani kerana benar, takut kerana salah | Berani bertindak kerana merasakan dirinya tidak bersalah |
| Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali | Berbuat baik janganlah berlebih-lebihan namun buat jahat jangan sama sekali |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan