MORFOLOGI
|
Kata Tugas adalah salah satu dari komponen Golongan Kata selain dari Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Berbanding dengan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif, Kata Tugas bukanlah inti atau unsur utama dalam frasa utama sesuatu ayat. Sebaliknya Kata Tugas mendukung sesuatu tugas sintaksis dalam sesuatu ayat.
Dalam sesuatu ayat, Kata Tugas berperanan sebagai pembantu, penafi, penegas, perintah, penyeru, penanya (bertanya), penguat, penghubung dan pembilang.
Kata Tugas tidak boleh berdiri sendiri dalam sesuatu ayat. Tanpa dikaitkan dengan kata yang lain (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif), Kata Tugas tidak mampu memberi makna dalam sesuatu ayat.
Dalam erti kata lain, Kata Tugas memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam sesuatu ayat.
Walau bagaimanapun, Kata Tugas tetap mempunyai peranan sintaksis dan penting dalam menghubungkan, menegaskan, memperkuatkan, menafikan, atau menjelaskan sesuatu makna dalam ayat.
Contoh Kata Tugas
| Jenis kata tugas | Tugas | Contoh kata |
| Pembantu | Menunjukkan ragam kata kerja sama ada sudah, belum, bakal, atau sedang dibuat | akan sudah hendak mahu masih belum sedang |
| Penafi | Menidakkan sesuatu | tidak bukan |
| Penegas | Menegaskan sesuatu | juga pun -lah |
| Perintah | Menyuruh sesuatu sama ada secara keras atau lembut | sila jemput jangan usah harap semoga tolong bolehkah sudilah |
| Penyeru | Melahirkan perasaan | wah amboi waduh alamak |
| Penanya | Bertanyakan sesuatu | berapa bila apa siapa bagaimana |
| Penguat | Menguatkan lagi sesuatu kata atau keadaan | amat terlalu maha sangat paling |
| Penghubung | Menghubungkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat | ketimbang dan atau tetapi lalu namun bahawa agar |
| Pembilang | Menyatakan bilangan sesuatu | beberapa ramai banyak dua tiga |
Contoh ayat yang mempunyai kata tugas
- Abang sudah makan (kata pembantu).
- Selepas makan, abang hendak hendak balik ke rumah (kata pembantu).
- Lelaki itu bukan abang kandungnya (kata penafi)
- Kalau awak boleh buat, saya juga boleh buat (kata penegas).
- Semua pelajar jangan bercakap (kata perintah).
- Amboi cantik sungguh awak hari ini, Cik Kiah (kata penyeru).
- Bagaimana awak boleh sampai ke sini? (kata penanya)
- Tugasan itu terlalu sukar untuk saya selesaikan (kata penguat).
- Kereta itu berkilat tetapi bergerak sangat perlahan (kata penghubung).
- Terdapat sembilan orang pelajar yang sakit pada hari ini (kata pembilang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan