13 Oktober 2025

Peribahasa - Perumpamaan

Peribahasa

  • Simpulan Bahasa
  • Perumpamaan
  • Perbilangan
  • Bidalan
  • Pepatah

  • Peribahasa yang bermakna dua lapis.

  • Hasil daripada perbandingan antara dua perkara – iaitu yang menyatakan sesuatu maksud dengan yang membandingkan dengan sesuatu perkara lain yang seumpama dengannya.

  • Terbahagi dua iaitu:

    • perumpamaan yang menyebut perbandingan
    • perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan
  • Perumpamaan yang menyebut perbandingan menggunakan kata-kata seperti bak.., sepantun…, bagai…, macam…, ibarat…, laksana…, umpama…

Contoh:

PerumpamaanMaksud
Seperti telur di hujung tandukKeadaan yang bahaya yang hanya menunggu masa untuk binasa
Bagai ikan pulang ke lubukOrang yang balik ke tempat asalnya dan tidak mahu ke mana-mana lagi
Umpama aur dengan tebingSaling bantu-membantu (saling memerlukan)
Laksana pungguk rindukan bulanMengharapkan sesuatu yang mustahil diperolehi
Ibarat air di daun keladiMemberi nasihat pada seseorang namun tidak mendatangkan hasil
Bak cendawan tumbuh selepas hujanSesuatu yang terlalu banyak pada satu-satu masa

Terdapat juga perumpamaan yang tidak menggunakan perbandingan iaitu tidak menggunakan perkataan perbandingan seperti 'bak', 'bagai', 'laksana' dan lain-lain kata perbandingan.

Contoh:

Perumpamaan (tanpa kata perbandingan)Maksud
Tak kan harimau makan anaknyaMacam mana jahat sekalipun, seseorang itu tidak akan membinasakan anaknya sendiri
Belakang parang diasah lagikan tajamOrang yang tidak pandai tetapi rajin berusaha akhirnya akan berjaya juga
Ukur baju di badan sendiriBuatlah sesuatu mengikut kemampuan sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan