13 Oktober 2025

Frasa dan Klausa

Ayat adalah unit tatabahasa tertinggi dalam sesuatu bahasa. Beberapa huruf membentuk kata. Beberapa kata membentuk frasa. Gabungan frasa boleh membentuk klausa. Frasa dan klausa adalah sebahagian dari unsur dalam ayat.

Frasa

  • Frasa bukan ayat tetapi adalah sebahagian dari unsur dalam ayat. Ini kerana frasa tidak membawa maksud yang lengkap untuk menjadikannya sebagai ayat.

  • Frasa boleh terdiri dari satu perkataan atau beberapa perkataan.

  • Dalam sesuatu ayat, frasa boleh berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.

  • Walaupun boleh berfungsi sebagai subjek atau predikat, frasa itu sendiri tidak mempunyai subjek dan predikat.

  • Apa ada dalam frasa? Lazimnya ada dua unsur dalam frasa iaitu inti dan penerang. Namun ada juga frasa yang hanya mempunyai inti tanpa penerang.

  • Ada empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FA), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).

  • Contoh Frasa:

  • Frasa
    1. Ayam jantan
    2. Kereta mewah
    3. Budak nakal
  • Contoh bahagian inti dan penerang dalam frasa:

  • Frasa
    IntiPenerang
    ayamjantan
    keretamewah
    budaknakal

    Dalam contoh di atas, 'jantan' ialah keterangan tentang jantina ayam, 'mewah' adalah penerangan tentang kategori kereta, 'nakal' ialah keterangan tentang sifat budak. Mungkin budak lelaki.

  • Contoh frasa yang hanya ada inti tanpa penerang (sama erti):

  • Frasa
    IntiInti
    kampunghalaman
    tubuhbadan
    hutanrimba

    Frasa boleh wujud tanpa penerang. Seperti contoh di atas, frasa tersebut mempunyai dua inti. Keterangan tidak diperlukan kerana kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang sama.

  • Contoh frasa dengan dua inti tanpa penerang (berlawanan makna):

  • Frasa
    IntiInti
    tuanpuan
    kerusimeja
    pingganmangkuk

    Frasa di atas juga tidak mempunyai (atau tidak memerlukan) penerang kerana makna inti sudah difahami. Kedua-dua inti tidak sama makna.

  • Ada empat jenis frasa

  • Ada empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FA), Frasa Kerja (FK), Fraa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS).

    Jenis-jenis FrasaContoh
    1Frasa Nama (FN)
    • Kakak saya
    • Orang itu
    • Makcik Limah
    2Frasa Kerja (FK)
    • Memanjat pokok
    • Memandu kereta
    • Mencatat nota pelajaran
    3Frasa Adjektif (FA)
    • sungguh menawan
    • bermuka masam
    • memang comel
    4Frasa Sendi Nama (FS)
    • Di atas meja
    • Di dalam longkang
    • Ke Kuala Lumpur

Klausa

  1. Klausa ialah ayat kecil yang mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Juga disebut anak ayat.

  2. Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi satu konstituen (bahagian) kepada ayat (definisi Dewan Bahasa).

  3. Terbahagi kepada klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa Bebas

  1. Juga disebut klausa utama atau klausa induk.

  2. Klausa bebas menjadi tapak untuk memancangkan klausa yang lebih kecil atau klausa tak bebas.

  3. Klausa bebas dapat berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat yang lengkap jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Klausa Tak Bebas

  1. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat yang lengkap. Klausa tak bebas memerlukan klausa bebas untuk menjadikannya sebagai ayat yang bermakna (iaitu ayat yang ada makna).

  2. Klausa tak bebas berfungsi sebagai penerang kepada klausa bebas.

Ayat
Klausa BebasKlausa Tak Bebas
Pelajar itu berwajah muramkerana gagal dalam peperiksaan
Mereka pergi bersama-samake bilik kuliah

Dalam contoh di atas, klausa bebas 'pelajar itu berwajah muram' boleh berdiri sendiri tanpa dilengkapkan oleh klausa penerang selepasnya.

Klausa 'kerana gagal dalam peperiksaan' ialah klausa tak bebas yang hanya menjadi penerang kepada klausa utama. Ketiadaannya tidak mencacatkan ayat.

Kesimpulan

Frasa bukan ayat atau belum menjadi ayat kerana ia hanya sebahagian dari unsur yang membina ayat. Gabungan frasa membentuk klausa yang merupakan ayat kecil yang boleh dikembangkan lagi untuk menjadi ayat yang lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan