Ada dua jenis susunan ayat iaitu:
susunan biasa, dan
susunan songsang
Kedua-dua susunan ayat ini tetap mempunyai subjek dan predikat. Apa yang membezakan kedua-duanya ialah susunan subjek dan predikat tersebut.
Dalam ayat susunan biasa, subjek didahulukan sebelum predikat.
Dalam ayat susunan songsang, ia jadi terbalik iaitu predikat yang didahulukan sebelum disusuli dengan subjek.
Walaupun subjek dan predikat sudah terbalik, maksud ayat tetap sama dan tidak berubah sama sekali.
Kedua-dua ayat susunan biasa dan susunan songsang digunakan mengikut kebiasaan si penuturnya. Tujuan penyongsangan (juga disebut pendepanan) adalah kerana si penutur ingin memberi penekanan kepada predikat.
Dalam susunan ayat songsang, partikel seperti -lah, -tah, -kah, -nya dan sebagainya boleh digunakan untuk memberi penekanan kepada predikat.
| Susunan biasa | Subjek didahulukan sebelum predikat |
| Susunan songsang | Predikat didahulukan sebelum Subjek |
Contoh ayat susunan biasa:
| Subjek | Predikat | |
| 1 | Cikgu itu | ialah bapa saya |
| 2 | Makcik Limah | pergi ke kedai |
| 3 | Pencuri itu | lari lintang-pukang |
| 4 | Buah rambutan di belakang rumah | sudah masak |
Contoh ayat susunan songsang:
| Predikat | Subjek | |
| 1 | Bapa sayalah | cikgu itu |
| 2 | Pergi ke kedaikah | makcik Limah? |
| 3 | Lari lintang-pukang | pencuri itu |
| 4 | Sudah masaklah, | buah rambutan di belakang rumah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan