13 Oktober 2025

Laras Bahasa

  1. Menurut Halliday (1968) laras bahasa adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Oleh itu laras bahasa berubah-ubah mengikut fungsi.

  2. Menurut Nik Safiah Karim (1982) laras bahasa digunakan mengikut keperluan yang berbeza. Penggunaan laras bahasa yang banyak akan menambahkan keberkesanan komunikasi seseorang.

  3. Menurut Asmah Hj. Omar (1987), laras bahasa adalah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Lain bidang pertuturan, lain cara menuturkannya.

  4. Kesimpulannya, laras bahasa ialah penggunaan gaya bahasa yang berbeza-beza mengikut keadaan, bidang, dan tujuan yang berbeza.

    Misalnya, seorang ustaz yang berceramah di majlis-majlis agama akan menggunakan laras bahasa yang berbeza dengan cara orang politik berkempen semasa pilihanraya.

    Setiap laras bahasa mempunyai gaya dan lenggok bahasa yang berneza, intonasi yang berbeza, istilah-istilah yang berbeza dan cara kupasan yang berbeza-beza.

Laras bahasa bergantung kepada

  • Pihak yang ingin kita hubungi
  • Cara kita berhubung
  • Bidang pengkhususan

Antara contoh laras bahasa:

  1. Laras bahasa ekonomi
  2. Laras bahasa sastera
  3. Laras bahasa agama
  4. Laras bahasa undang-undang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan