13 Oktober 2025

Peribahasa - Perbilangan

Peribahasa

  • Simpulan Bahasa
  • Perumpamaan
  • Perbilangan
  • Bidalan
  • Pepatah

  • Perbilangan ialah sejenis peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau undang-undang atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan (DBP).
  • Simpulan pendapat dan pemikiran yang padat, jujur dan benar tentang nilai-nilai moral dan sosial.
  • Muncul hasil daripada kebijaksanaan dan keintelektualan yang berdasarkan penelitian dan pemerhatian dalam jangka masa yang lama.
  • Kata-kata yang disusun dalam dua baris atau lebih.
  • Disebut satu per satu seperti membilang

Contoh:

PerbilanganMaksud
Hidup dikandung adat,
mati dikandung tanah
Selagi hidup ikutlah peraturan yang ada dan apabila mati kelak berserah kepada hukum Tuhan
Dayung sudah di tangan,
perahu sudah di air
Sudah dapat semua yang dikehendaki
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing
Susah dan senang dihadapi bersama-sama
Yang lama di kelek,
yang baharu didukung
Adat lama tetap diamalkan di samping budaya yang baru
Yang bulat tak datang menggolek,
yang pipih tak datang melayang
Sesuatu kejayaan tidak akan diperolehi tanpa usaha
Kecil jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa
Pengetahuan atau kelebihan bukan khusus untuk orang tua sahaja
Merajuk kepada yang kasih,
manja pada yang sayang,
meminta kepada yang ada,
berkaul kepada yang keramat
Melakukan sesuatu biar sesuai mengikut keadaan supaya mendapat hasil yang baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan