13 Oktober 2025

Peribahasa - Simpulan Bahasa

Peribahasa

  • Simpulan Bahasa
  • Perumpamaan
  • Perbilangan
  • Bidalan
  • Pepatah

Simpulan bahasa adalah salah satu dari bahagian peribahasa (menurut Kamus Sastera Melayu terkini 2000: 69) selain dari perumpamaan, bidalan, dan pepatah.

  • Jenis peribahasa yang paling ringkas dan mudah
  • Biasanya mempunyai dua perkataan yang digabungkan.
  • Rangkaian perkataan yang dirumus mengikut susunan tertentu untuk membawa maksud tertentu.
  • Membawa maksud yang berlainan daripada perkataan asal.
    Misalnya:
    Simpulan bahasa 'berat tulang' memberi gambaran tentang sifat manusia iaitu seseorang yang pemalas.

Contoh simpulan bahasa dan maksud yang disimpulkan

Simpulan BahasaMaksud yang disimpulkan
Ada hatiada keinginan yang melebihi kemampuan
Alim-alim kucingseseorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan
Angkat bakulorang yang suka memuji atau meninggikan diri
Berpatah arangbercerai yang tidak dapat disatukan lagi
Berat tulangpemalas
Berat hatitak sampai hati
Banyak mulutorang yang suka bercakap
Batu apipenghasut
Naik pelaminberkahwin
Panas hatirasa marah, sedang marah
Ringan tulangrajin
Senapang buluhcakap-cakap besar yang tidak berisi

Berikut adalah contoh-contoh lain Simpulan Bahasa:

Abang kendong

Abang angkat yang kemudiannya menjadi kekasih.

Abang sayang

Lelaki yang dikasihi oleh seseorang wanita kerana wang lelaki tersebut.

Acak lengan

Berkelahi

Ada alamat

Tanda-tanda sesuatu akan terjadi

Ada angin

Perangai seseorang yang selalu berubah-ubah

Ada benda

Memiliki keistimewaan.

Ada ekornya

Ada hubungannya.

Ada gigi

Ada kuasa

Ada hati

Inginkan sesuatu tetapi tiada daya.

Adu buku

Berkelahi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan