14 Oktober 2025

Pola Ayat Dasar

SINTAKSIS:
  1. Ayat
    • Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar merujuk kepada bentuk atau struktur asas ayat yang lengkap dari segi makna dan tatabahasa. Pola ayat dasar dapat ditunjukkan melalui susunan frasa-frasa iaitu Frasa Nama (FA), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS).

Ayat dasar (atau ayat inti atau ayat teras) adalah ayat asas yang sempurna makna dan tatabahasa yang belum dikembangkan lagi untuk menjadi ayat-ayat yang lain. Disebut ayat inti kerana ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat sahaja. Ayat inti sentiasa dalam susunan biasa iaitu subjek mendahului predikat. Ayat inti ada empat pola hasil dari corak gabungan frasa-frasa.

Frasa-frasa yang membentuk pola-pola ayat dasar

Ada empat frasa yang mana kombinasi frasa-frasa ini membentuk pola ayat dasar.

Frasa-frasa yang dimaksudkan adalah:

Frasa Contoh
Frasa Nama (FN)
  • Emak saya
  • Abang bomba itu
  • Kereta Proton tadi
Frasa Kerja (FK)
  • sedang berlari-lari anak
  • menendang bola
  • memanjat pokok kelapa
Frasa Adjektif (FA)
  • Sangat comel
  • Bermuka masam
  • Mengada-ngada
Frasa Sendi Nama (FS)
  • di tepi kedai
  • di dalam longkang
  • ke sebelah sana

Pola Ayat Dasar

Ada empat pola ayat dasar iaitu:

1 Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)
2 Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
3 Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)
4 Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

Contoh:

Pola Frasa Nama + Frasa Nama

  • Lelaki itu (FN) ialah abang saya (FN)
  • Cikgu Halimah (FN) cikgu Sejarah kita (FN)
  • Kereta itu (FN) kereta Pak Labu (FN)

Pola Frasa Nama + Frasa Kerja

  • Abang saya (FN) asyik melompat-lompat (FK)
  • Cikgu Sejarah kita (FN) sedang mengajar murid-muridnya (FK)
  • Kereta tadi (FN) melanggar semut (FK)

Pola Frasa Nama + Frasa Adjektif

  • Makcik Halimah (FN) seorang yang comel (FA)
  • Kereta abang saya (FN) memang berkilat (FA)
  • Kerbau itu (FN) kelihatan sugul (FA)

Pola Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

  • Anak kucing tadi (FN) di dalam longkang (FS)
  • Mereka bertiga (FN) di tepi sungai (FS)
  • Tujuh pinggan FN) di dalam kotak (FS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan