15 Oktober 2025

Partikel

  1. Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu

    • lah
    • kah
    • tah
    • pun
  2. Semua partikel berada (ditulis) rapat dihujung kata.

  3. Semua partikel dieja rapat dengan perkataan sebelumnya.

  4. adalah
    tolonglah
    ampunilah
    apakah
    bilakah
    siapakah
    engkaukah
    bilatah
    siapatah
    apatah

  5. Ada 13 penggunaan partikel pun yang dieja rapat dengan perkataan sebelumnya.

    • adapun
    • andaipun
    • ataupun
    • bagaimanapun
    • biarpun
    • kalaupun
    • kendatipun
    • lagipun
    • mahupun
    • meskipun
    • sekalipun
    • sungguhpun
    • walaupun

Pengecualian ejaan partikel pun

Hanya partikel pun mempunyai pengecualian cara ejaan. Ada tiga situasi pengecualian di mana partikel pun dijarakkan (tidak dieja rapat) dari perkataan sebelumnya.

Partikel 'pun' dijarakkan dari kata dasar yang ada di sampingnya apabila 'pun' itu membawa makna ‘juga’, ‘lalu’ atau ‘terus’.

Sila lihat contoh di bawah:

  1. Kerana terlalu penat, dia pun tertidur.
    Kerana terlalu penat, dia terus tertidur.
    Kerana terlalu penat, dia lalu tertidur.

  2. Kalau dia makan, saya pun akan makan.
    Kalau dia makan, saya juga akan makan.

  3. Dia duduk tanpa berbuat apa-apa pun.
    Dia duduk tanpa berbuat apa-apa juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan