Kata (dulu disebut perkataan) ialah unit bahasa yang mempunyai makna.
Kata terdiri dari satu atau lebih morfem (unit makna terkecil dalam kata).
Kata merupakan unit terkecil bahasa yang dapat berdiri sendiri.
Mofem atau gabungan mofem membentuk satu kata (perkataan).
Gabungan kata-kata akan membentuk frasa, klausa, dan seterusnya menjadi ayat.
Kata Tunggal
Juga disebut kata dasar.
Inilah bentuk asal sesuatu kata (atau perkataan).
Kata tunggal tidak mempunyai imbuhan, tidak diulang-ulang (digandakan) dan tidak digabungkan (dimajmukkan).
Contoh kata tunggal ialah makan
Kata tunggal 'makan' boleh membentuk kata-kata lain dengan makna yang lain melalui proses imbuhan, gandaan dan gabungan (dimajmukkan).
Kata Tunggal menjadi Kata Terbitan
Kata Tunggal yang menerima imbuhan akan menghasilkan Kata Terbitan.
Contoh:
Kata Tunggal makan + imbuhan -an akan menjadi makanan iaitu satu kata dengan makna yang berbeza.
Kata Tunggal menjadi Kata Ganda
Kata Tunggal yang digandakan (diulang-ulang) akan menghasilkan Kata Ganda.
Contoh:
Kata Tunggal makan bila digandakan menjadi makan-makan yang mempunyai makna yang berbeza.
Kata Tunggal menjadi Kata Majmuk
Kata Tunggal yang digabungkan dengan kata lain akan menghasilkan Kata Majmuk
Contoh:
Kata Tunggal makan digabungkan dengan Kata Tunggal angin menghasilkan kata majmuk makan angin yang mempunyai makna yang berbeza dari 'makan' dan 'angin'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan