Morfem
Morfem ialah unit nahu terkecil dalam sesuatu kata yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa.
Morfem boleh terdiri daripada satu unit yang tidak boleh dipecahkan lagi kepada unit bermakna yang lebih kecil.
Sesuatu kata boleh dibentuk daripada satu atau lebih morfem.
Contoh:- Kata 'ajar' mempunyai satu morfem iaitu 'ajar'
- Kata 'mengajar' mempunyai dua morfem, iaitu 'meng-' dan 'ajar'
Morfem boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu:
morfem bebas yang boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna (contoh: guru, sekolah), dan
morfem terikat yang tidak mempunyai makna sendiri tetapi berfungsi mengubah makna perkataan apabila digabungkan (seperti imbuhan 'meng-', 'ber-', '-kan'
Morfem terikat tidak mempunyai makna dan memerlukan morfem bebas untuk membentuk makna.
Contoh morfem terikat:
'ber' dalam perkataan 'berlari' ialah morfem terikat. Ini kerana kata 'ber' itu tidak mempunyai makna apa-apa dan hanya mempunyai makna apabila 'ber' bercantum dengan 'lari' untuk menjadi 'berlari'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan