07 November 2025

Bentuk Ayat

Bab Sintaksis
  • Ayat
    • Bentuk Ayat:
      • Ayat Tunggal
      • Ayat Majmuk

  • Ada dua bentuk ayat iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

  • Ayat Tunggal ialah ayat yang mempunyai hanya satu klausa atau hanya satu cerita.

  • Ayat Majmuk pula ialah ayat yang mempunyai lebih dari satu klausa. Ayat majmuk adalah gabungan dua ayat. Ayat-ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung (seperti manakala, tetapi, namun, walhal, ketimbang).

Ayat Tunggal

  • Ayat Dasar merupakan ayat tunggal.

  • Dibina dengan satu subjek dan satu predikat sahaja.

  • Ini bermakna ayat tunggal terdiri dari satu klausa (ayat kecil) sahaja.

  • Ayat tunggal boleh berkembang menjadi ayat-ayat yang lain. Selepas berkembang menjadi ayat-ayat yang lain, ayat tunggal tidak lagi menjadi ayat tungal tetapi telah menjadi ayat majmuk.

  • Contoh:

    Klausa
    Subjek Predikat
    Aminahmakan nasi
    Emaksedang menjahit
    Pak Abumemanjat pokok
    Kawan sayamembasuh kereta

Ayat Majmuk

  • Ayat Majmuk terbentuk apabila dua atau lebih ayat tunggal bergabung menjadi satu ayat.

  • Dalam erti kata lain, Ayat majmuk menggabungkan dua cerita (dua klausa) menjadi satu cerita dalam satu ayat.

  • Ada dua jenis ayat majmuk iaitu:

    • Ayat Majmuk Gabungan
    • Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Gabungan

  • Dua atau lebih ayat tunggal digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata hubung (seperti tetapi, atau, lalu, kemudian dan lain-lain yang bersesuaian dengan konteks ayat).

  • Lihat contoh dua ayat tunggal di bawah:

  • Ayat Tunggal 1Ayat Tunggal 2
    Saya membaca bukuKakak memasak di dapur
  • Dua ayat tunggal di atas bergabung menjadi satu ayat majmuk seperti di bawah:

  • Ayat Majmuk Gabungan
    Saya membaca buku manakala kakak memasak di dapur
  • Gabungan dua ayat tunggal di atas menggunakan kata hubung manakala.

Ayat Majmuk Pancangan

  • Ayat Majmuk Pancangan mempunyai satu ayat induk yang disertai dengan satu atau lebih ayat kecil (klausa pancangan). Ayat kecil ini yang bergantung kepada ayat induk.

  • Ayat Tunggal 1Ayat Tunggal 2
    Saya membeli bajuBaju itu berwarna biru
  • Dua ayat tunggal di atas bergabung menjadi satu ayat majmuk pancangan seperti di bawah:

  • Ayat Majmuk Pancangan
    Saya membeli baju berwarna biru
  • Kata hubung tidak diperlukan.

  • Ayat 'baju yang berwarn biru' itu tidak berdiri sendiri. Ini kerana ia adalah berkaitan (atau bergantung kepada) cerita baju yang dibeli oleh saya tadi.